AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Sunday, October 31, 2010

ISTERIKU

Entah mengapa malam ni, aku terasa nak menulis tentang orang yang paling penting dalam hidup aku....iaitu kekasih aku...merangkap pemaisuri dan juga isteriku...Terasa malas nak buat design malam ni....aku nak santai ja...walaupun jam dah menunjukkan pukul 1 pagi dah..


Hidup lewat malam sudah menjadi biasa dalam hidup aku..dan ini telah lumrah bagi isteriku...
kadang-kadang aku membayangkan kalaulah....isteriku itu bukan yang ini..entah berapa dozen cemburu buta dah aku nikmatinya...

Kadang-kadang aku tersenyum sendiri dengan perilaku isteri ku ini...

...dah jadi amalan aku ...hari-hari mengorat dia..hehehe..(petua orang tua-tua tu)...walaupun dia tak pernah melayan kerenah aku dan telatah aku..dalam hati nya aku tahu dia terhibur....

ada sekali aku katakan padanya...dalam keadaan kami sedang menonton TV dengan khusyuk...
aku panggil dia... JA (nama manjanya)...tahu dak.... , dia jawab..."apadia"....aku kata "I Love U"...
dengan spontan dia jawab " tak habaq pun tau"...lepas tu dia diam...

aku pun ???...itu ja respon dia....

dalam hati aku nak tergelak juga... sarius bini aku ni kadang-kadang buat aku terhibur...

..najwa ..bagai 1 dalam seribu....

tak tahu gunaHP...tak tahu komputer...tak suka make up...tak suka barang kemas...tak suka berfoya-foya .... apa yang dia tahu...pergi sekolah mengajar budak...balik....jaga anak...dan aku..
sesekali saja rasa nak berkelah hehehehe....

Walaupun kami terlalu berbeza...bagi aku itu satu ANUGERAH yang terbesar Allah kurniakan untuk aku.... kerana sikapnya itu....lah yang menjaga kebajikan aku..dan memotivasikan aku untuk terus berjaya .... dan berjaya...

Berkat doronganya..sokongannya....kepercayaannya..membuatkan aku amat bangga dan amat-amat menyayangi dan mencintainya...

Terima Kasih atas Anugerah ini....aku syukur padaMu....ya ALLAH..

dan...aku tak pernah jemu untuk menggodanya.....walau pun setiap hari...

Friday, October 29, 2010

JERIT

Rasanya ingin aku menjerit....
dengan laungan yang paling bingit...

aduhhh...rasa ingin terjatuh aku...

harap jangan sekali bersuara..

Wednesday, October 27, 2010

Kepulan angan-angan berarak pelahan-lahan....membiarkan HARAPAN kesunyian...

Salam awal pagi yang dingin,

Dalam usia yang semakin meningkat ..segala angan-angan 10..20 tahun yang lalu semakin beralu pergi..bagi yang lelaki berangan berkahwin dengan puteri yang cantik jelita adalah perkara lumrah..begitu juga bagi si perempuan berangan untuk berkahwin dengan putera raja yang bergaya juga adalah lumrah ...dalam kehidupan kita sebagai manusia..di bumi Allah ini.


Bila usia yang semakin meningkat angan-angan yang ada sudah bertukar menjadi sebuah harapan....

Mengapa ?...Kenapa... ?

Apakah Puteri Jelita Kita sudah berkedut kulitnya atau si Putera Kacak dah luruh rambutnya...

.........................................................................................................................................................................


Apakah punca kasih sayang suami isteri semakin hilang bila usia semakin meningkat...adakah ini satu trend semasa ?

Mengapa aku rasa terpanggil untuk menulis topik yang selalu mengelilingi sahabat-sahabat aku dan orang sekeliling aku...sayang sekali ikatan yang terbina 10 tahun ..8 tahun..malahan 15 tahun... musnah dalam sekelip mata.

di mana toleransi kita.... dan di mana warasnya akal kita...membiarkan anak-anak berfikir antara ibu atau bapa.

Anugerah perkahwinan yang diberikan, telah kita corakkan dengan warna yang kurang cantik dan berseri... dan kesannya bukan sekarang...tetapi seusia perkahwinan yang ada....10 tahun..8 tahun...akan datang....

..dan perkara ini tak mustahil menjadi legasi keluarga yang berpanjangan....atau lebih pedas kita namakan "SAKA PERKAHWINAN".

Jadi...sebelum apa-apa keputusan mudah (Lelaki) ..yang kita ambil fikirkan dulu ... anak....

Mahukah kita...ketika menuju ke Sakaratul maut nanti....kita hanya diziarahi anak sebagai tetamu biasa ....atau orang yang membaca surah sepanjang perjalanan itu dan yang sentiasa mendoakan....kita.

tepuk dada tanya hati...sebelum kita menyesal kemudian hari.

HARAPAN....semakin sunyi...