Alhamdulillah dengan keizinanNya diberi lagi kesempatan untuk aku sekadar memberi pandangan dan pendapat...tentang sesuatu yang amat bermakna bagiku...iatu perniagaan...
Ingat lagi...masa perniagaan aku yang mula-mula jatuh dulu....rasa macam-macam bersarang dalam diri...dengan surat banknya dengan tekanan keluarga dengan hati terluka....rasa seperti kosong...jiwa yang kosong...sebenar-benar kosong....dan pedih....nak saja waktu tu aku menjerit nak matiiii........ya Allah cukup pedih waktu tu...
aku gagahkan semangat yang tinggal ciput untuk kembali kedunia yang penuh cabaran ini...
betapa sukarnya aku waktu itu...dengan tanpa simpanan...dengan isteri yang tak bekerja dengan anak sulung baru lahir, dengan kereta nak kena tarik...macam-macam...
Langkah aku yang pertama aku waktu tu...
1. istifar...muhasabah balik apa yang silap ...
bila tenung-tenung kesimpulannya yang pertama aku kena ubah tapak....maknanya cari tapak...macam mana ?...duit tak ada...jgn kata deposit kedai sewa kedaipun dah tentu aku tak lepas...emmm.... dengan berani aku nekad berjumpa dgn tuan kedai dengan mempertaruhkan diri aku sendiri...tempoh 3 bulan aku minta...jika gagal aku akan cabut... alhamdulillah ...langkah itu berjaya...
2. lesen...
Paling penting dalam perniagaan...usahalah macammana sekalipun dapatkan lesen dulu...
hasil kesabaran selama 5 tahun dapat juga aku lesen percetakan...atas daya usaha adik ipar ku...yang byk membantu.
3. Kerja yang besar..
Jiwa perlu besar...bila ada keyakinan, teruskan, jgn tunggu-tunggu...rugi.
aku cuba dapatkan kerja besar...sekali dapat terus beli aset.
4. Aset
Ini penting untuk keselamatan perniagaan....inilah simpanan sebenarnya...lagi byk aset lagi bagus...contoh mesin...jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku asetlah penyelamat kita.
5.Masalah
Dalam apa-apapun perlu ada masalah baru boleh diselesaikan.....
Macamtulah juga dengan perniagaan...tukarkan segala masalah kepada keuntungan.......jgn jadikan musuh sebagai bebanan malah jadikan kawan...dan bersainglah secara sihat.
6.Smart
Dah selesai segala-galanya barulah boleh buat smart bussiness.....yang tu kenalah fikir-fikirkan sendiri.
Dalam dunia terkini....pelbagai perniagaan boleh dilakukan ...online dan juga manual, ikut pada selera masing-masing. Apa yang paling utama jujur, ikhlas sabar, istiqamah dan berdoa. Insyaalah akan nampaklah hasilnya.
Kalau ada kekuatan mental dan fizikal cubalah perniagaan yang belum orang terokai lagi....perjalanannya memang panjang tapi hasilnya pun bertahan lama.
maka marilah berbussiness jom...
Tuesday, March 23, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Bismillahirohmanirohim....
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Dengan kasihMu ya Allah, Kau lapangkan dadaku, Kau buka mindaku, Kau pimpinkanlah Aku, Kau tenangkan hatiku dalam aku mengharungi segala duri dan ranjau. Ya Allah, aku tidak layak untuk syurgaMu, namun aku tak mampu menahan panasnya nerakaMu..
Dunia...indah...
penghujungnya banyak fitnahnya. Segaja aku tulis ini, sekadar rasa apa yang aku lakukan ini entah benar atau salah...atau niat itu betul kaedah yang salah.
Ya Allah aku memegang kuat agamaMu ya Allah walau aku ni hanya insan kerdil hambaMu yang Engkau berikan kehidupan pada penghujung zaman ini. Ada ketika aku rasa kecewa kaedah yang cuba aku gunakan ini, namun Kau seolah-oleh memberikan kembali aku semangat untuk berdakwah cara begini.
Mengapa aku pilih kaedah ini ?
1. Aku lihat golongan muda belia dah beribu batu meninggalkan ahli agama (ustad, imam dan
lain-lain..)
mereka resah untuk bertemu pak ustad, imam, siak, pak lebai, bilal dan lain-lain... Mereka lebih terdedah kepada pengaruh yang ada dari media masa , media telekomunikasi, rakan-rakan dan macam-macam lagi faktor hinggakan ibubapa sendiri tidak dipedulikan. Haruskah kita biarkan saja mereka hanyut dalam dunia mereka.
2. Berapa orang dari kalangan remaja yang meningkat dewasa ini bersolat ?
5 kali sehari ? sehari sekali, seminggu sekali, setahun 2 kali atau setahun sekali atau tidak
solat langsung. Kenapa begitu ?
lepas tu...cuba tanya diri sendiri...cam na ye...

Subscribe to:
Posts (Atom)