AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Wednesday, January 27, 2010

Mulanya MOFAD

Kerana kegagalan....aku mula terfikir...untuk teruskan atau tinggalkan..tanpa pengalaman dan tanpa modal....penuh bebanan...cacian...hinaan...menjadikan semangat kian luntur....

Surat-surat cinta dari institusi pinjaman tak henti-henti datang dalam tong pos rumah ku....

Isteri sedang sarat mengandung anak sulung kami....keretapun dah berbulan-bulan aku tak membayarnya.....office pun dah hampir nak kena sita....Ya Allah bertapa peritnya waktu itu...
Apa yang mampu aku lakukan hanya senyum untuk mengelak dari diketahui keluarga akan kesusahan dan kepayahan aku....

Isteri sentiasa menangis mengenangkan nasib kami yang entah timbul ...entah tenggelam...

DAN...........

dalam kepayahan inilah aku memberanikan diri meminjamkan duit ayah ku sebanyak RM500.00 untuk kembali bertapak...aku buang jauh-jauh untuk mengalah...walau setiap saat itu yang datang menyapa hati aku ini. Aku mula mencari lokasi baru..yang lebih murah dan lebih praktikal...

Dengan bantuan ayah angkat aku...aku bertemu dengan seorang pemilik premis....dan dengan tawakalnya aku meminta bantuan padanya untuk menyewa premisnya tanpa membayar sebarang deposit ataupun sewa bulanan dengan meminta tempoh selama 3 bulan. Menurut perjanjian kami...dalam 3 bulan itu sekiranya aku gagal...aku akan tinggalkan premis tersebut...dan jika sukses aku akan membayar deposit serta sewa bulanan. Risiko yang aku ambil ini hanya berlandaskan gerak hati dan doa...

Langkah pertama : Aku perlu cari pelanggan....

Dengan sedikit kemahiran komputer yang aku ada....aku buat kad nama dengan banyaknya...aku edarkan pada sasaran aku...waktu tu...yang aku nampak UUM...tempat aku belajar dulu...aku pergi setiap jabatan...aku pergi tinggalkan depan pintu bilik setiap pensyarah dan macam-macam lagi.... waktu ini kereta aku telah aku sembunyikan kerana dah 6 bulan tak berbayar...jadi kemana-manapun pergi hanya dengan motor pinjam bapa mertua ku.

Langkah kedua : Projek besar.....

Walaupun aku dalam kesusahan, aku terfikir...jika aku hanya mengambil projek yang kecil-kecil aku akan ketinggalan, jika aku ambil projek besar, masalah modal pulak.

Mungkin menjadi rezeki aku bertemu dengan dengan seorang kenalan di UUM dahulu. Dia juga seorang usahawan yang boleh dikatakan antara yang berjaya....dengan kepercayaannya kepada aku dia memberi projek yang bernilai RM20K. Allahhuakbar...aku benar-benar terkejut...dan bersyukur....sebagai permulaan dia memberi 10k kepada aku sebagai deposit...
Bermula dengan modal inilah, aku dapat membayar deposit kedai beserta sewanya sekali.. Keyakinan aku kembali bertambah...Aku mula membuat projek-projeknya dan projek-projek UUM....hingga aku dapat menebus bayaran kereta aku...Tanpa menoleh belakang...aku menjual kereta aku untuk kubeli sebiji van bagi memudahkan aku membawa barang.

Alhamdulillah tanpa disedari dah hampir 5 tahun aku bertapak di sini....2004....murupakan tahun-tahun penting pergerakan percetakan MOFAD....

Tahun 2004 aku berpindah dari Alor Setar ke Jitra...rumah berdekatan dengan office aku...
Kali Pertama aku memperolehi projek yang melebihi 10k...seronok bukan main...macam menang piala dunia. Dari projek inilah aku membeli mesin cetak secara tunai dan kembali bersemangat...Pada tahun ini juga isteriku telah mendpat tawaran melanjutkan pengajian diploma perguruan di IPDA.

Akhirnya dengan sokongan yang kuat dari adik ipar aku sendiri, kesabaran yang tak pernah putus Percetakan Mofad bergerak dan terus bergerak...Kini Percetakan Mofad sedang bergerak kehadapan perlahan-lahan..

Aku bersyukur, biar kenaikan itu pelahan-lahan asal selamat dan terjamin, kerana aku tubuhkan Mofad bukan untuk aku, tapi untuk keluargaku...untuk anak-anakku dan untuk cucuku yang pastinya mereka mewarisinya...

Friday, January 22, 2010

Kegagalan Perniagaan....

Kecewa dan putus asa merupakan identiti manusia bila apa yang dilakukan gagal...Tapi pernahkah kita bertanya...mengapa gagal, salah sendiri atau faktor lain...

Pandang dan renung, jangan salahkan faktor lain sebelum meyalahkan diri sendiri.

Dalam dunia perniagaan, menyalahkan orang lain atau faktor lain merupakan satu niat busuk yang patut kita hindari. Apa yang perlu, kita cuba perbaiki dan perbaiki..

Bukan mudah untuk menjadi usahawan. Sebenarnya kita boleh pilih untuk berjaya atau tidak bergantung kepada apa yang kita lakukan dan akan lakukan. Jika kita boleh berjaya dalam tempoh singkat tetapi banyak terbuang dengan aktiviti yang kurang sihat...akan singkat jugalah jangka hayat perniagaan kita. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang punya masa depan.
Sebagai contoh Boon Siew, Restoran Nasi Kandar dan sebagainya. Ini kerana kejayaan mereka ini bermula dari kesusahan dan kepayahan datuk dan nenek mereka.

Kalau ada yang boleh membuat survey kepada pensyarah-pensyarah dalam bidang perniagaan, pasti kita akan terkejut dengan maklumat survey tersebut..kerana berapa kerat sahaja pensyarah-pensyarah ini yang sukses dengan perniagaan dan kerjaya mereka..selebihnya merupakan mereka yang pernah gagal dalam perniagaan dan ada pula yang tak pernah berniaga. Namun begitu pengalaman kegagalan mereka ini akan memberi mereka satu kelebihan yang cukup berguna kepada pelajar-pelajar mereka.

Aku, ketika belajar dulu, amat teruja dengan angka-angka dan strategi-strategi perniagaan yang berjuta-juta hingga memasang impian setinggi gunung untuk berjaya dalam perniagaan..tetapi dalam dunia sebenar, ini tidak menjadi kenyataan..macam-macam perkara yang perlu kita tempuhi...birokrasi, korupsi dan kabelsi.

Kepada usahawan-usahawan muda atau sesiapa yang baru menjadi usahawan.. jangan putus asa, ada jalan keluar dari setiap permasaalahan yang ada. Perniagaan ini seperti jerangkap samar atau bom jangka..Kalau salah pijak meletuplah ia...tapi perlu dingat bom jangka itu bukannya satu tapi banyak...jadi hati-hatilah...

Wednesday, January 20, 2010

Perniagaan bagaimana yang anda mahu.....

....Bila melihat kejayaan yang dikecapi oleh usahawan yang ada...hati kita melonjak ingin jadi seperti mereka. Tapi mampukah kita jadi begitu....

berapakah modal yang kita perlukan....atau berapa tahun yang kita perlukan untuk menjadi seperti mereka....atau di mana kita (lokasi) mulakannya.

Bagi aku, semuanya kita boleh lakukan, tak kira perniagaan jenis apa yang kita buat, yang penting perancangan dan penggunaan modal yang teratur merupakan penentu utama kejayaan dalam perniagaan.

Dari segi pengalaman yang aku dah tempuhi dengan modal yang sedikit sebenarnya boleh membuat perniagaan yang besar, cuma cabarannya saja yang benar-benar menguji kita...Dalam pepatah cina ada mengatakan "Perniagaan itu satu permainan", benar... kita gagal, kita buat perniagaan lain pula, sampai kita temui kejayaan.

Perniagaan yang kita kita pilih, adakah untuk di warisi, atau untuk zaman kita sahaja atau untuk suka-suka.

ada kisah...dari seorang peniaga tegar yang aku kenali... Dia bermula dengan perniagaan komputer ( baiki dan jual ) dengan bermodalkan pinjaman dari institusi kewangan di akhir tahun 90-an. Dia hanya mampu bertahan 1 tahun setengah sahaja dalam perniagaannya itu... Kemudian dia menukar arah dengan berpindah lokasi dan membuat perniagaan yang lebih kurang melibatkan komputer juga...masih lagi gagal.

Bergantung kepada semangat gigihnya dia beralih pula ke bidang restoran....juga gagal...terlibat dalam bidang catering...gagal....dan bermacam-macam lagi..akhirnya dia menceburi bidang pembuatan dadih (serbuk dadih).....selama 10 tahun dia mencuba pelbagai bidang akhirnya dadihlah yang memberi pulangan yang memuaskan kepadanya. Walaupun kejayaannya tidak seperti usahawan bernama besar...tapi semangat dan tidak putus asanya itu..menjadikan dia seorang yang boleh kita banggakan. Tambahan pula perniagaan sepertinya boleh diwarisi oleh anak cucu... Mungkin kejayaan yang sedikitnya ini akan memberi kejayaan yang lebih hebat pada masa depan...mungkin zaman anaknya nanti atau zaman cucunya nanti.

Zaman sudah berubah, dulu lain- sekarang lain...
dulu...kita bergantung harap kepada kerja makan gaji semata-mata...sekarang kita dah ada altenatif...selain makan gaji..kita boleh tambah pendapatan dengan membuat pelbagai perniagaan...dalam dunia IT mahupun realiti. Ataupun kita terlibat terus dengan dunia perniagaan. Cuma dalam mahu mulakan perniagaan jangan tunggu 100% keyakinan baru nak mula...walau ada 1% sekalipun kita dah boleh mulakannya.

Asasnya : 1 . Hasrat mahu mulakan perniagaan 2. Modal yang seadanya 3. Lokasi

Jadi... mari kita mulakan....

Tuesday, January 19, 2010




Raja Lalang.....

Tumbuhnya pantas....matinya pantas.....
keinginannya luas...tapi hampas..........





Rona :

Ganerasi.....






Bila anak-anak kecil bermain-main di tanah.....
biarkan.....biarkan....
biar dia kenal tanahnya....biar dia kenal usulnya.....

Monday, January 18, 2010

Kasih Bapa






Kasih Bapa....
Kisah kasih seorang bapa yang merindui permata yang sering mendakap bayangannya sahaja..
Bayangan itu sentiasa benar dihatinya..dan itu yang diinginkan seorang lelaki bernama bapa....

Saturday, January 16, 2010

RONA : Jiwa Besar













Rona :

Jiwa Besar.....
Dalam cabaran hidup yang kian mencabar dan laju....impian dan jiwa yang besar perlu ada untuk mencapai kejayaan...................

ANAK BAPA

















Anak Bapak.....
Hasil ini bukan ditujukan kepada model di gambar tersebut...tetapi sebuah intrepitasi tentang kehidupan hukum karma makhluk bernama manusia.....
Lumrah si anak yang sering memeningkan si bapa....namun bapa tak pernah ambil peduli kerenah anak-anaknya.......
Sengaja diterangkan gambar anak menunjukkan subjek yang hendak dipamerkan.....
Dengan anak sedar akan dirinya diperhatikan........

Sayangilah ibubapa sementara ia masih ada di dunia....janganlah dipersia-siakan masa yang ada untuk kita menyayangi mereka....

Tangga Batu ..dalam kenangan.

Alor Semadom 1978 - Aku masih 5 tahun bersama Alahyarhammah kakak aku Noriah Abu Hassan....di tangga batu........

Pangkin...


Alor Semadom 1979...Waktu kemeriahan dirumah ku...Pangkin inilah tempat berkumpulnya kuih muih orang kampung untuk dijual di Pekan Alor Setar setiap hari.......

Thursday, January 14, 2010

Bayang yang ku pilih
bagai daun terup
di tangan si amatur
mengharap mimpi si dewa
untuk di kongsi......
Sambungan ............

Susah sebenarnya jadi anak lembab ni...
ketiadaan ibu menjadikan aku lebih berdikari....

Sek. Men. Darulaman...bagai penjara....tempat aku belajar segalanya....
dari hal keagaamaan, sukan dan aktiviti-aktivi hitam....alhamdulillah aku masih terselamat dari dunia pelik di sekolah tu....

Dari tingkatan 1 - tingkatan 5, aku tak pernah membawa wang saku...aku tahu ayahku bukalah orang senang..yang boleh bagi duit hari-hari...kalau dia bagi aku ambillah...kalau tak, buat tak kisah je...

Aku cuba belajar mencari duit sendiri...aku pernah gunting gambar-gambar aksi bolasepak dalam majalah Shoot abang aku, aku lekatkan pada Sugar Paper dan jual pada yang berminat. Satu poster yang aku buat , aku jual dengan harga RM2.00. Ada masa, aku guna buku kosong untuk aku lekatkan gambar-gambar pemain bola ini sampai penuh buku itu dan dijual pada harga RM5.00.

Masa ada perlawanan bolasepak di Stadium Darulaman. Aku pinjamkan duit abang aku untuk jadikan modal unutk beli air kotak untuk di jual dalam stadium ... Begitu teruja bila dapat untungnya.....

Pelajaran..........
cukup makan je...tapi aku tak pernah putus asa...
akhirnya lulus juga aku pada peringkat SPM....salah seorang yang lulus SPM dari 7 orang di sekolah itu.. Tahun itu sekolah kami berjaya memegang rekod tersendiri apabila menjadi sekolah tempat terakhir di negeri Kedah dalam prestasi SPMnya untuk beberapa tahun.

SMDSO - Di sini aku mula kenal perempuan dan sedikit matang...aku terlibat dengan aktiviti luar di sini...


bersambung.............

Thursday, January 7, 2010

Salam,
Indah dunia pada mata hanya sementara,
Indah di hati lebih bermakna....walau sering ditimpa perik hidup.
Setiap manusia ada jalan ceritanya...ada suka, ada duka, ada cerah ada kelamnya.
Duniaku.........lebih terarah pada apa yang aku rasa dan apa yang aku tempuhi sepanjang hidup sebagai manusia biasa yang menjadi hambaNYa, suami, bapa, anak, abang, adik, ketua dan sahabat...
Semuanya berkisar tentang hobi, pengalaman suka duka duniaku.......

Terima kasih Sabari kerana mencipta blog ini untuk aku....dah ada blog tulis je la..kan...

Untuk edisi 1 biar aku mulakan dengan biodata aku dulu :

Aku dinamakan dengan nama Azman oleh bapa aku untuk melengkapkan anak bongsunya dengan 2 orang abang aku yang nama mereka juga bermula dengan huruf 'A' iaitu Azahari dan Anuar. Kerana anak bongsu jadi, aku merupakan anak yang manja dan keras kepala.suka bantah dan sedikit penakut. Zaman budak-budak dulu kalau orang buli,balik bagi tau bapa aku...ish...lemah sungguh rasanya waktu itu....

Diam tak diam hari berlalu aku semakin membesar hinggalah tahun 1981 (darjah 2) ibuku telah pulang ke rahmatullah kerana Lukimia dan barah rahim. Mak aku hanya mampu bertahan seminggu sahaja di hospital.

Tinggallah aku bersama Datuk perempuan aku yang mengambil alih tugas Mak untuk menyayangi aku. Dari orientasi aku yang sering di manjakan menjadikan aku cukup lemah dalam pelajaran...Darjah satu dan dua aku hanya mampu mendapat tempat terakhir dalam kelas kerana tak tahu membaca....sehinggalah dalam darjah 3 dalam kelas terakhir (1 Merbok) seorang cikgu yang aku kenang jasanya sampai bila-bila...cukup prihatin terhadap aku. Cikgu Shahrom memberi perhatian penuh pada aku..Dia berusaha bersungguh-sungguh memberi semangat dan mengajar aku membaca sehingga aku berpindah ke kelas depan pada darjah 4.
Dalam peperiksaan Penilaian dalam darjah 5...aku masih terkial-kial...walaupun trus berjuang..dan akhirnya aku mendapat keputusan 4B 1D....kira o.klah tu dengan otak aku yang lembab ni..Abang-abang dan kakak-kakak akupun terkejut jugak....

..........bersambung