....Bila melihat kejayaan yang dikecapi oleh usahawan yang ada...hati kita melonjak ingin jadi seperti mereka. Tapi mampukah kita jadi begitu....
berapakah modal yang kita perlukan....atau berapa tahun yang kita perlukan untuk menjadi seperti mereka....atau di mana kita (lokasi) mulakannya.
Bagi aku, semuanya kita boleh lakukan, tak kira perniagaan jenis apa yang kita buat, yang penting perancangan dan penggunaan modal yang teratur merupakan penentu utama kejayaan dalam perniagaan.
Dari segi pengalaman yang aku dah tempuhi dengan modal yang sedikit sebenarnya boleh membuat perniagaan yang besar, cuma cabarannya saja yang benar-benar menguji kita...Dalam pepatah cina ada mengatakan "Perniagaan itu satu permainan", benar... kita gagal, kita buat perniagaan lain pula, sampai kita temui kejayaan.
Perniagaan yang kita kita pilih, adakah untuk di warisi, atau untuk zaman kita sahaja atau untuk suka-suka.
ada kisah...dari seorang peniaga tegar yang aku kenali... Dia bermula dengan perniagaan komputer ( baiki dan jual ) dengan bermodalkan pinjaman dari institusi kewangan di akhir tahun 90-an. Dia hanya mampu bertahan 1 tahun setengah sahaja dalam perniagaannya itu... Kemudian dia menukar arah dengan berpindah lokasi dan membuat perniagaan yang lebih kurang melibatkan komputer juga...masih lagi gagal.
Bergantung kepada semangat gigihnya dia beralih pula ke bidang restoran....juga gagal...terlibat dalam bidang catering...gagal....dan bermacam-macam lagi..akhirnya dia menceburi bidang pembuatan dadih (serbuk dadih).....selama 10 tahun dia mencuba pelbagai bidang akhirnya dadihlah yang memberi pulangan yang memuaskan kepadanya. Walaupun kejayaannya tidak seperti usahawan bernama besar...tapi semangat dan tidak putus asanya itu..menjadikan dia seorang yang boleh kita banggakan. Tambahan pula perniagaan sepertinya boleh diwarisi oleh anak cucu... Mungkin kejayaan yang sedikitnya ini akan memberi kejayaan yang lebih hebat pada masa depan...mungkin zaman anaknya nanti atau zaman cucunya nanti.
Zaman sudah berubah, dulu lain- sekarang lain...
dulu...kita bergantung harap kepada kerja makan gaji semata-mata...sekarang kita dah ada altenatif...selain makan gaji..kita boleh tambah pendapatan dengan membuat pelbagai perniagaan...dalam dunia IT mahupun realiti. Ataupun kita terlibat terus dengan dunia perniagaan. Cuma dalam mahu mulakan perniagaan jangan tunggu 100% keyakinan baru nak mula...walau ada 1% sekalipun kita dah boleh mulakannya.
Asasnya : 1 . Hasrat mahu mulakan perniagaan 2. Modal yang seadanya 3. Lokasi
Jadi... mari kita mulakan....
menarik komen pasai usahawan nie. Baru-baru ini aku berpeluang berjumpa pegawai MARA (bhgn BPO) berbincang pasai usahawan kat Msia nie. Menurut kata pengarah BPO, setakat ini takde lagi org melayu yang bole dikategorikan usahawan berjaya. Aku tanya, kan ramai org melayu yg wat pinjaman MARA berjaya. Depa jawab, hanya sementara, bertahan seketika, namun jatuh lepas tu....dan ada yg jatuh menjadi coach untuk mengajar, mendidik dan memberikan 'coaching' kpd usahawan baru....
ReplyDeleteLagi satu pengalaman yang aku nak kongsi. Aku sebenarnya kurang berminat dengan institusi pinjaman yang terdapat di negara kita ni..terlalu birokrasi...kadang-kadang tu intitusi ini hanya memandang kepada mereka-mereka yang berjaya dan tidak membuat pemantauan yang sebetul-betulnya.
ReplyDeleteKaedah yang aku gunakan dulu...cari orang yang boleh melabur dalam projek-projek aku...dapat ciput tak apa peringkat awal...bila kita mampu baru buat perancangan pemantapan modal kerja.
Aset yang paling penting...mesin atau apa-apa.
Kadang-kadang bila kita terlibat dalam urusan perniagaan terasa macam artis kumpulan indie, sendiri-sendiri punya plan...untung sabut timbul, untung batu tenggelam.