AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Thursday, January 7, 2010

Salam,
Indah dunia pada mata hanya sementara,
Indah di hati lebih bermakna....walau sering ditimpa perik hidup.
Setiap manusia ada jalan ceritanya...ada suka, ada duka, ada cerah ada kelamnya.
Duniaku.........lebih terarah pada apa yang aku rasa dan apa yang aku tempuhi sepanjang hidup sebagai manusia biasa yang menjadi hambaNYa, suami, bapa, anak, abang, adik, ketua dan sahabat...
Semuanya berkisar tentang hobi, pengalaman suka duka duniaku.......

Terima kasih Sabari kerana mencipta blog ini untuk aku....dah ada blog tulis je la..kan...

Untuk edisi 1 biar aku mulakan dengan biodata aku dulu :

Aku dinamakan dengan nama Azman oleh bapa aku untuk melengkapkan anak bongsunya dengan 2 orang abang aku yang nama mereka juga bermula dengan huruf 'A' iaitu Azahari dan Anuar. Kerana anak bongsu jadi, aku merupakan anak yang manja dan keras kepala.suka bantah dan sedikit penakut. Zaman budak-budak dulu kalau orang buli,balik bagi tau bapa aku...ish...lemah sungguh rasanya waktu itu....

Diam tak diam hari berlalu aku semakin membesar hinggalah tahun 1981 (darjah 2) ibuku telah pulang ke rahmatullah kerana Lukimia dan barah rahim. Mak aku hanya mampu bertahan seminggu sahaja di hospital.

Tinggallah aku bersama Datuk perempuan aku yang mengambil alih tugas Mak untuk menyayangi aku. Dari orientasi aku yang sering di manjakan menjadikan aku cukup lemah dalam pelajaran...Darjah satu dan dua aku hanya mampu mendapat tempat terakhir dalam kelas kerana tak tahu membaca....sehinggalah dalam darjah 3 dalam kelas terakhir (1 Merbok) seorang cikgu yang aku kenang jasanya sampai bila-bila...cukup prihatin terhadap aku. Cikgu Shahrom memberi perhatian penuh pada aku..Dia berusaha bersungguh-sungguh memberi semangat dan mengajar aku membaca sehingga aku berpindah ke kelas depan pada darjah 4.
Dalam peperiksaan Penilaian dalam darjah 5...aku masih terkial-kial...walaupun trus berjuang..dan akhirnya aku mendapat keputusan 4B 1D....kira o.klah tu dengan otak aku yang lembab ni..Abang-abang dan kakak-kakak akupun terkejut jugak....

..........bersambung

2 comments:

  1. Terima kasih utk kau dr aku sebenarnya Azman. Kerana mengizinkan aku yg gatal2 tangan ni buat blog2 seme ni utk kau. Tapi itulah sebenarnya yg aku hasratkan. Nak membaca catatan kau dan shamsul dlm medium blog2 ni. Sbb skrg ni kan zaman blog memblog lah katakan, heheh! Alhamulillah, hari ni dpt dah aku membaca catatan edisi 1 dr kau yg aku nantikan. Blog utk kau ni tak seberapa harganya. Malah ia percuma jek dr google.com @ blogger. Ia sekadar satu penghargaan aku untuk kau yang aku kenali & hormati sbg Azman Abu Hassan. Salam bro!

    ReplyDelete