Salam,
Cuti Sekolah menghampiri penghujung...Aku masih kalut dengan kerja-kerja aku...Terasa bersalah pula pada anak-anak kerana kesibukan aku ni... Walaupun mereka tak pernah merungut tentang cuti , tapi bagi aku...bercuti bersama keluarga walaupun sehari amat penting. 25 Disember 2010..Cuti Krismas....emmmm..kesempatan yang tak sepatutnya aku lepaskan...setelah berbincang dengan isteri..akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Perlis Indera Kayangan... Aku sebenarnya bukannya tahu sangat jalan-jalan di Perlis....cuma tahu nama tempat... macam mana nak pergi...macam biasa lah.. tanya orang atau redah saja....
Walauapapun Perjalanan kali ini amat sempurna ..tanpa rungutan atau protes dari anak-anak....anak suka..isteri suka ...aku pun suka...
Tempat Pertama yang menjadi sasaran kami...emmm..Taman Ular di Sg. Batu Pahat.... Aku lihat anak-anak aku begitu teruja melihat ular-ular dalam sangkar dan dalam balang... Kemudian kami ke Bukit Air namun kami tidak singgah disitu kerana hari masih pagi ..nak mandipun belum sesuai rasanya...nak ke Taman Herba pun rasanya anak-anak menjadi bosan dengan penerangan aku tentang herba nanti...
Destinasi seterusnya kami menuju ke GUa Kelam....
Sampai di Gua Kelam keinginan yang meluap-luap untuk melihat keindahan gua terhenti..bila Kakak yang jaga parking mengatakan ..Gua Kelam masih di tutup kerana sedang di perbaiki akibat Banjir besar yang lalu... Hanya tempat mandi di luar gua sahaja yang dibenarkan....emm... setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak..kami bersetuju untuk meneruskan perkelahan di situ...maka turun dan mandi-mandalah kami di situ......
Lebih Kurang dalam pukul 3 petang...kami pun bertolah menuju ke Wang Kelian yang jaraknya hanya 18km sahaja dari Gua Kelam.... Jalan yang bengkang-bengkok serta mendaki bukit tinggi mengingatkan aku perjalanan keCameron Highlands ... Setibanya di Wang Kelian, kami pun membeli belah seadanya....
Monday, December 27, 2010
Monday, December 20, 2010
ROMEO
Pergh...dasyat....segalanya dasyat...dunia semakin berkembang ...pemikiran juga semakin berkembang. Satu fenomena baru berlaku yang aku perhatikan semakin menular dikalangan pengguna-pengguna teknologi.... Seorang mempunyai 2 atau 3 HP merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat sekarang. Mungkin aku saja dan beberapa orang lagi yang masih kolot mengunakan 1 HP... hehehe..
Banyak alasan sebenarnya mengunakan 2 atau 3 malahan ada yang 4 atau 5..huhuhu..hebat..Bila aku teringatkan kisah P.Ramlee...3 Abdul..Bila Sadiq Segaraga menerima talipon berulang-ulang sampai jatuh sakit...nak tergelak pulak rasanya.
Biasanya digunakan oleh ahli-ahli perniagaan...HP pertama untuk keluarga dan HP kedua untuk Business...bila bunyinya berbeza jadi nada suara dan gaya bercakap dapat control terlebih dahulu...mungkin HP yang ketiga untuk Business luar Negara..
Tempat simpanan HP juga berbeza..ada dalam poket sepanjang masa... , ditangan sentiasa...dan tempat terbuka di rumah...(biasanya HP no. 1 la).. jadi yang dalam poket dan dalam tangan sentiasa tu..emmm business punya hal...
Ada juga HP No. 2 berlaku setelah kita membeli HP baru...jadi HP lama sayang dibuang..nak tak nak ..beli saja no.SIM baru.. boleh juga digunakan ketika terdesak atau kecemasan..bila HP utama kehabisan bateri atau kredit.
Tetapi ada juga yang mengunakan HP No.2 atau No.3 atau No. 4 untuk menjadi Romeo...hahahahaha..ini yang lucu.... ..
Walau apa-apa alasan pun yang penting biarlah penggunaan itu tidak membazir dan ke arah kebaikan...jangan kita mengeksploitasikan teknologi itu untuk merosakkan sahsiah kita..
Wallahu 'alam...
Sunday, December 19, 2010
saja-saja nak tulis....
Salam,
Usia dah menjengah 37 thn... pelbagai liku-liku hidup dah kita lalui..ada yang lalui dengan penuh getir ada yang dilalui dengan lapangnya tanpa ada masalah langsung......
Aku......
Nak kata terlalu getirpun rasanya ada lagi insan yang lebih dasyat ujian yang diberikan...rasanya sekadar sederhana di mana susahpun dah dirasai..senang sikit-sikit pun dah dirasai...cukuplah sekadarnya...dan aku pun tak mengimpikan kehidupan yang semewah-mewahnya...bukannya tidak bernafsu untuk itu..tetapi bimbang aku tidak mampu diberi ujian kesenangan dan mudah melupakanNYA dan juga bimbang hartaku tidak digunakan seadilnya untuk insan yang lebih memerlukan...
Aku bukannya insan yang kuat...hanya sedikit ujianpun rasanya, akan goyah seluruhnya...atas kebimbangan itu aku sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengingatkan diri dari terleka dalam mencari jalan pintas walaupun peluang itu telah datang pada aku beberapa kali... biarlah orang cakap..aku kolot, tak moden dan sebagainya tapi bagi aku...anak dan isteriku hidup dengan penuh ceria dan tidak mengadu kelaparan dan kebasahan dah memadai.. apa yang aku buat sekarangpun bukan untuk aku tetapi untuk anak cucuku juga....Mungkin suatu hari diwaktu cicitku...dirinya dah merasai kekuatan yang ada untuk bangkitkan Empayar yang sedia ada.
apa yang aku fikirkan sekarang untuk betulkan diri dulu...
bila aku terbaca sebuah hadis ini sedikit terasa insaf akan kekerdilan diri....
daripada Riwayat Al-Bukhori :
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorangpun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Pebetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam".
Kita sering menyalahkan orang..sedangkan diri sendiripun belum tentu lengkap.. .. kadang-kadang kita membaca tapi tapi tak berguru kemudian kita letakkan dalil....jadilah kita macam burung kakak tua....pandai bagi salam tapi tak tahu makna....sedih rasanya....
Berilah orang yang layak berdakwah...kita yang biasa-biasa ni...carilah guru untuk belajar..sekarangpun masjid dan surau sering diadakan majlis ceramah (baca kitab) dalam you tube pun ramai ulama-ulama dah mengunakan saluran itu.... kita dengar dan cuba pebetulkan diri dulu....insyaallah...bila kita istiqamah dengan apa yang kita buat....insyaalllah hidup kita pun tenang walaupun diuji dengan seberat-berat ujian...dan bersabarlah kita dengan ujian yang Allah berikan.
Wallahu'alam...

Thursday, December 9, 2010
Teknik Tampalan...
Salam,
Ini ada sedikit masa terluang ... mari kita belajar teknik tampalan dan teknik mencerahkan gambar yang gelap..
Langkah pertama adalah memilih gambar...terutamanya gambar yang menarik tetapi agak gelap atau kusam..
Kita boleh mencantikkan gambar ini dengan megambil 2 keping gambar seperti di atas..
1. Untuk mencerahkan gambar...gunakan Image dan seperti no. 1 : kita boleh gunakan Auto Tone / Auto Contras / Auto Color... kerana pengunaannya lebih mudah...tak payah susah-susah..
2. Langkah seterusnya untuk cerahkan lagi gambar...gunakan image juga dan klikkan di Adjusment kemudian pilih levels..nanti kotak seperti di no.2 akan keluar...gunakan mouse saja untuk mengawal cerah dan gelap gambar..
3. Setelah berpuas hati copy gambar awan dan masukkan sebagai layer 2 di atas gambar pertama tadi. dan gunakan ereser sahaja dengan point yang besar untuk memadam kaki awan tersebut seperti tertera di no.3.
setelah selesai flattenkan imej tersebut dan sekali lagi ke image dan klik adjusment serta levels untuk mengawal terang gelap gambar...setelah berpuas hati..anda boleh save gambar tersebut...
O.K selamat mencuba...
Tuesday, December 7, 2010
Sunday, December 5, 2010
Saturday, December 4, 2010
Friday, December 3, 2010
Thursday, December 2, 2010
10 Q
Alhamdulillah akhirnya sempurna sudah Hari yang cukup bermakna untuk dua orang anak buah aku yang aku kasihi. Segala penat lelah semua ahli keluarga rasanya amat puas menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Aku lihat di wajah masing-masing amat letih terutamanya tuan rumah abang aku dan isterinya (Kak Imah) tetapi kegembiraan menerima menantu menghilangkan segala kegelisahan dan kecacatan dalam majlis tersebut.
Ayah pun walaupun dalam keadaan yang kurang sihat...turut serta di dalam Majlis yang penuh bermakna itu. Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Aku suka dan bersyukur perjalanan Majlis cukup teratur dan sempurna. Masing-masing memainkan peranan.
Keluarga Abang Radzi dengan aktiviti memasaknya untuk hidangan pengantin. Amat bertungkus lumus hinggakan cucunya yang kecik sekalipun dibuatnya buaian diluar rumah untuk turut serta dalam menyediakan makanan untuk pengantin... Cukup tekun dan cukup berwibawa.
Di bahagian depan pula...Abang Azahari dan keluarganya ditugaskan untuk menyambut tetamu bagi pengantin pihak Fadhlina juga aku perhatikan amat berwibawa dengan penuh pengalaman bertahun dalam bidang protokol sudah pasti tugas itu amat cocok untuknya. Kak Na dan Azila juga apa kurangnya dengan penyediaan meja untuk pengantin menjalankan tugas dengan amat sempurna dalam tugasan yang diberikan.
Abang Anuar dan Kak Jah aku ditugaskan untuk menerima tetamu dari pihak Fadhli. Aku yakin dengan kemampuan abang aku yang ni...Pengalaman sebagai seorang guru amat bertokoh untuk menerima tetamu dari Kampung Mani ini... Kak Jah dan Abang Anuar memang layak untuk ditugaskan sebagai penyambut tetamu itu...amat sempurna dan aku rasakan tiada dari pihak pengantin perempuan yang tidak dilayan . semuanya berjalan lancar..
Anak-anak mereka juga generasi yang semakin membesar..amat aku banggakan kerana masing bekerjasama dengan penuh dedikasi dalam tugas yang diberikan....Afiq, Amar, Amir, Helmi, Afnan Asyraf semuanya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...dan aku amat-amat berbangga dengan semua anak-anak buah aku dapat bekerjasama dengan cukup baik...Semoga Allah melindungi mereka dan memberi mereka keberkatan dan kejayaan. Bukan nya senang untuk mengendalikan majlis keluarga begini..
Aku rasa Abang Yaakob aku juga merasa amat bangga ada dalam keluarga besar ini..
Sebenarnya tugasan yang diberikan amat-amat bersesuaian dengan orang yang dilantik. Aku lihat keluarga Kakak Imah aku juga cukup berdedikasi. Dalam tugasan mengedarkan cenderamata dan bantuan-bantuan yang penting. Abang Razif aku lihat...kehulu-kehilir memastikan lauk pauk untuk tetamu sentiasa ada. Begitu juga Kak Habsah dan dua tiga orang lagi yang aku kurang mengenali tapi amat tekun bekerja.
Dalam Kesempatan yang ada ini walaupun di dalam blog yang sebegini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi segala tenaga, kudrat dan sebagainya kepada abang aku tu. Tanpa kalian semua majlis sebegini tak akan berjalan dengan sempurna. Semoga keikhlasan yang kalian berikan itu mendapat keberkatan Allah...
Terima kasih juga pada semua para tetamu yang hadir dalam Majlis tersebut termasuklah juga geng Memasak, Geng Pakat Kampung dan juga Keluarga Palang dan Mak Lang Jam yang menyediakan Ayam berempah.Lauk Masak Hitam juga habih..sold out ...
Mungkin juga ada yang tidak disebut di dalam blog ini...harap maaf lah sebab terlalu ramai yang membantu...walauapapun yang penting IKHLAS... sesuatu yang tak perlu disebut dengan kata-kata hanya Allah membalasnya....Semoga Kalian diberi Keberkatan Allah S.W.T.
Sekali lagi terima kasih untuk semua yang membantu.

Wajah Ceria Abang Aku |
Kak Imah Turut Bergaya |
Kawan-kawan Pengantin |
Tinggal Tulang |
Lauk Habih |
Orang Kuat Pakat Kampung |
Letih Teramat |
Dalam Kesempatan yang ada ini walaupun di dalam blog yang sebegini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi segala tenaga, kudrat dan sebagainya kepada abang aku tu. Tanpa kalian semua majlis sebegini tak akan berjalan dengan sempurna. Semoga keikhlasan yang kalian berikan itu mendapat keberkatan Allah...
Terima kasih juga pada semua para tetamu yang hadir dalam Majlis tersebut termasuklah juga geng Memasak, Geng Pakat Kampung dan juga Keluarga Palang dan Mak Lang Jam yang menyediakan Ayam berempah.Lauk Masak Hitam juga habih..sold out ...
Mungkin juga ada yang tidak disebut di dalam blog ini...harap maaf lah sebab terlalu ramai yang membantu...walauapapun yang penting IKHLAS... sesuatu yang tak perlu disebut dengan kata-kata hanya Allah membalasnya....Semoga Kalian diberi Keberkatan Allah S.W.T.
Sekali lagi terima kasih untuk semua yang membantu.
DALAM "2"
Biarkan saja...
duri itu tertanam.....
biar sebati menjadi isi di dalam hati...
Jangan dicabut...nanti luka terpancut...
darah mengalir.... menjadi semakin parah...
biarkan saja.....biarkan aku saja ...

Subscribe to:
Posts (Atom)