AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Sunday, December 19, 2010

saja-saja nak tulis....

Salam,
Usia dah menjengah 37 thn... pelbagai liku-liku hidup dah kita lalui..ada yang lalui dengan penuh getir ada yang dilalui dengan lapangnya tanpa ada masalah langsung......


Aku......
Nak kata terlalu getirpun rasanya ada lagi insan yang lebih dasyat ujian yang diberikan...rasanya sekadar sederhana di mana susahpun dah dirasai..senang sikit-sikit pun dah dirasai...cukuplah sekadarnya...dan aku pun tak mengimpikan kehidupan yang semewah-mewahnya...bukannya tidak bernafsu untuk itu..tetapi bimbang aku tidak mampu diberi ujian kesenangan dan mudah melupakanNYA dan juga bimbang hartaku tidak digunakan seadilnya untuk insan yang lebih memerlukan...


Aku bukannya insan yang kuat...hanya sedikit ujianpun rasanya, akan goyah seluruhnya...atas kebimbangan itu aku sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengingatkan diri dari terleka dalam mencari jalan pintas walaupun peluang itu telah datang pada aku beberapa kali... biarlah orang cakap..aku kolot, tak moden dan sebagainya tapi bagi aku...anak dan isteriku hidup dengan penuh ceria dan tidak mengadu kelaparan dan kebasahan dah memadai.. apa yang aku buat sekarangpun bukan untuk aku tetapi untuk anak cucuku juga....Mungkin suatu hari diwaktu cicitku...dirinya dah merasai kekuatan yang ada untuk bangkitkan Empayar yang sedia ada.

apa yang aku fikirkan sekarang untuk betulkan diri dulu...

bila aku terbaca sebuah hadis ini sedikit terasa insaf akan kekerdilan diri....

daripada Riwayat Al-Bukhori :
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorangpun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Pebetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu  selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam".


Kita sering menyalahkan orang..sedangkan diri sendiripun belum tentu lengkap.. .. kadang-kadang kita membaca tapi tapi tak berguru kemudian kita letakkan dalil....jadilah kita macam burung kakak tua....pandai bagi salam tapi tak tahu makna....sedih rasanya....

Berilah orang yang layak berdakwah...kita yang biasa-biasa ni...carilah guru untuk belajar..sekarangpun masjid dan surau sering diadakan majlis ceramah (baca kitab) dalam you tube pun ramai ulama-ulama dah mengunakan saluran itu.... kita dengar dan cuba pebetulkan diri dulu....insyaallah...bila kita istiqamah dengan apa yang kita buat....insyaalllah hidup kita pun tenang walaupun diuji dengan seberat-berat ujian...dan bersabarlah kita dengan ujian yang Allah berikan.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment