AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Thursday, December 2, 2010

10 Q

Alhamdulillah akhirnya sempurna sudah Hari yang cukup bermakna untuk dua orang anak buah aku yang aku kasihi. Segala penat lelah semua ahli keluarga rasanya amat puas menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Aku lihat di wajah masing-masing amat letih terutamanya tuan rumah abang aku dan isterinya (Kak Imah) tetapi kegembiraan menerima menantu menghilangkan segala kegelisahan dan kecacatan dalam majlis tersebut.


Ayah pun walaupun dalam keadaan yang kurang sihat...turut serta di dalam Majlis yang penuh bermakna itu. Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Aku suka dan bersyukur perjalanan Majlis cukup teratur dan sempurna. Masing-masing memainkan peranan.

Keluarga Abang Radzi dengan aktiviti memasaknya untuk hidangan pengantin. Amat bertungkus lumus hinggakan cucunya yang kecik sekalipun dibuatnya buaian diluar rumah untuk turut serta  dalam menyediakan makanan untuk pengantin... Cukup tekun dan cukup berwibawa.

Di bahagian depan pula...Abang Azahari dan keluarganya ditugaskan untuk menyambut tetamu bagi pengantin pihak Fadhlina juga aku perhatikan amat berwibawa dengan penuh pengalaman bertahun dalam bidang protokol sudah pasti tugas itu amat cocok untuknya. Kak Na dan Azila juga apa kurangnya dengan penyediaan meja untuk pengantin menjalankan tugas dengan amat sempurna dalam tugasan yang diberikan.

Abang Anuar dan Kak Jah aku ditugaskan untuk menerima tetamu dari pihak Fadhli. Aku yakin dengan kemampuan abang aku yang ni...Pengalaman sebagai seorang guru amat bertokoh untuk menerima tetamu dari Kampung Mani ini... Kak Jah dan Abang Anuar memang layak untuk ditugaskan sebagai penyambut tetamu itu...amat sempurna dan aku rasakan tiada dari pihak pengantin perempuan yang tidak dilayan . semuanya berjalan lancar..


Anak-anak mereka juga generasi yang semakin membesar..amat aku banggakan kerana masing bekerjasama dengan penuh dedikasi dalam tugas yang diberikan....Afiq, Amar, Amir, Helmi, Afnan Asyraf semuanya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...dan aku amat-amat berbangga dengan semua anak-anak buah aku dapat bekerjasama dengan cukup baik...Semoga Allah melindungi mereka dan memberi mereka keberkatan dan kejayaan. Bukan nya senang untuk mengendalikan majlis keluarga begini..

Aku rasa Abang Yaakob aku juga merasa amat bangga ada dalam keluarga besar ini..

Sebenarnya tugasan yang diberikan amat-amat bersesuaian dengan orang yang dilantik. Aku lihat keluarga Kakak Imah aku juga cukup berdedikasi. Dalam tugasan mengedarkan cenderamata dan bantuan-bantuan yang penting. Abang Razif aku lihat...kehulu-kehilir memastikan lauk pauk untuk tetamu sentiasa ada. Begitu juga Kak Habsah dan dua tiga orang lagi yang aku kurang mengenali tapi amat tekun bekerja.


Wajah Ceria Abang Aku

Kak Imah Turut Bergaya


Kawan-kawan Pengantin
Tinggal Tulang

Lauk Habih

Orang Kuat Pakat Kampung
Letih Teramat


Dalam Kesempatan yang ada ini walaupun di dalam blog yang sebegini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi segala tenaga, kudrat dan sebagainya kepada abang aku tu. Tanpa kalian semua majlis sebegini tak akan berjalan dengan sempurna. Semoga keikhlasan yang kalian berikan itu mendapat keberkatan Allah...

Terima kasih juga pada semua para tetamu yang hadir dalam Majlis tersebut termasuklah juga geng Memasak, Geng Pakat Kampung dan juga Keluarga Palang dan Mak Lang Jam yang menyediakan Ayam berempah.Lauk Masak Hitam juga habih..sold out ...


Mungkin juga ada yang tidak disebut di dalam blog ini...harap maaf lah sebab terlalu ramai yang membantu...walauapapun yang penting  IKHLAS... sesuatu yang tak perlu disebut dengan kata-kata hanya Allah membalasnya....Semoga Kalian diberi Keberkatan Allah S.W.T.


Sekali lagi terima kasih untuk semua yang membantu.

No comments:

Post a Comment