AZMAN ABU HASSAN

Ada ketika apa yang kita rasa sama dan ada ketikanya berbeza...
semuanya itu rencah...untuk kita teruskan perjalanan...


Assalamualaikum

Selamat Datang

AZMANABUHASSAN.BLOGSPOT.COM

email: azman_gu@yahoo.com
Powered By Blogger

Monday, December 27, 2010

Sehari Di Perlis Indera Kayangan...

Salam,

Cuti Sekolah menghampiri penghujung...Aku masih kalut dengan kerja-kerja aku...Terasa bersalah pula pada anak-anak kerana kesibukan aku ni... Walaupun mereka tak pernah merungut tentang cuti , tapi bagi aku...bercuti bersama keluarga walaupun sehari amat penting. 25 Disember 2010..Cuti Krismas....emmmm..kesempatan yang tak sepatutnya aku lepaskan...setelah berbincang dengan isteri..akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Perlis Indera Kayangan...  Aku sebenarnya bukannya tahu sangat jalan-jalan di Perlis....cuma tahu nama tempat... macam mana nak pergi...macam biasa lah.. tanya orang atau redah saja....
Walauapapun Perjalanan kali ini amat sempurna ..tanpa rungutan atau protes dari anak-anak....anak suka..isteri suka ...aku pun suka...



Tempat Pertama yang menjadi sasaran kami...emmm..Taman Ular di Sg. Batu Pahat.... Aku lihat anak-anak aku begitu teruja melihat ular-ular dalam sangkar dan dalam balang... Kemudian kami ke Bukit Air namun kami tidak singgah disitu kerana hari masih pagi ..nak mandipun belum sesuai rasanya...nak ke Taman Herba pun rasanya anak-anak menjadi bosan dengan penerangan aku tentang herba nanti...

Destinasi seterusnya kami menuju ke GUa Kelam....
Sampai di Gua Kelam keinginan yang meluap-luap untuk melihat keindahan gua terhenti..bila Kakak yang jaga parking mengatakan ..Gua Kelam masih di tutup kerana sedang di perbaiki akibat Banjir besar yang lalu... Hanya tempat mandi di luar gua sahaja yang dibenarkan....emm... setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak..kami bersetuju untuk meneruskan perkelahan di situ...maka turun dan mandi-mandalah kami di situ......

Lebih Kurang dalam pukul 3 petang...kami pun bertolah menuju ke Wang Kelian yang jaraknya hanya 18km sahaja dari Gua Kelam.... Jalan yang bengkang-bengkok serta mendaki bukit tinggi mengingatkan aku perjalanan keCameron Highlands ... Setibanya di Wang Kelian, kami pun membeli belah seadanya....

No comments:

Post a Comment